Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

KEMASKINI TERKINI GAJI MINIMUM MALAYSIA

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Bermula 1 Mei 2022 kadar gaji minimum pekerja swasta telah ditetapkan pada RM1,500 bagi majikan yang menggajikan 5 orang pekerja atau lebih dalam satu syarikat. Penetapan ini boleh dirujuk pada Perintah Gaji Minimum 2022 yang diwartakan kerajaan pada 27 April 2022.

Namun, isu berbangkit daripada Perintah Gaji Minimum 2022 adalah berkenaan penetapan kadar gaji minimum bagi majikan yang menggajikan kurang dari 5 orang pekerja. Perintah asal yang sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Januari 2023 ditangguhkan kepada 1 Julai 2023.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan penangguhan penetapan kadar gaji minimum RM1,500 bagi majikan yang menggajikan kurang 5 pekerja ini, antaranya desakan pelbagai pihak berkepentingan yang menghadapi cabaran ekonomi serta kewangan pada 2023.

Merujuk Seksyen 2, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732] gaji minimum didefinisikan sebagai gaji pokok tanpa ditambah sebarang elaun, insentif atau bayaran lain. Kadar gaji pokok minimum pada 2023 telah ditetapkan pada RM1,500.

Penetapan kadar gaji minimum ini telah dipinda dalam Perintah Gaji Minimum 2022, dan berkuat kuasa pada 1 Mei 2022. Ia terpakai kepada semua pekerja di sektor swasta yang bekerja di bawah kontrak perkhidmatan kecuali perkhidmat domestik.

Penalti Kepada Majikan yang Gagal Patuh.

Berbalik kepada Perintah Gaji Minimum 2022, majikan yang membuat keputusan untuk tidak patuh kepada penetapan kadar gaji minimum ini boleh kenakan penalti.

Bentuk penalti yang akan dikenakan kepada majikan yang tidak patuh kadar gaji minimum yang ditetapkan dalam Perintah Gaji Minimum 2022 adalah:

  • Kesalahan Pertama – Denda tidak melebihi RM10,000 untuk setiap pekerja. Mahkamah boleh memerintahkan majikan untuk bayar kepada setiap pekerjanya perbezaan di antara kadar gaji minimum dengan gaji pokok
  • Penalti Am – Denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap kesalahan jika tiada penalti diperuntukan
  • Penalti bagi Kesalahan Berterusan – Denda harian tidak melebihi RM1,000 bagi kesalahan yang berterusan selepas sabitan
  • Penalti bagi Kesalahan Berulang – Denda tidak melebih RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun 

Tapi macam mana pula jika terdapat persetujuan diantara pekerja dan majikan untuk dibayar gaji pokok yang rendah?

Jawapannya adalah TIDAK BOLEH kerana penetapan kadar gaji ini telah menjadi satu bentuk perundangan yang sah dan sebarang tindakan bertentangan daripadanya boleh disabitkan kepada penalti. 

Ingat, kegagalan untuk mematuhinya bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh dianggap sebagai satu bentuk penindasan oleh majikan terhadap pekerja.

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!