Dari Seorang Pekerja Kilang, Kini Berjaya Buka 4 Cawangan Gerai Wafflee!

Rezeki tak datang bergolek, melainkan kepada sesiapa yang berusaha untuk mendapatkannya. Firman Allah SWT dalam surah Ar-Rad ayat 11: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka.

Ini kisah evolusi usahawan salah seorang anak didik FunnelEvo di President Circle iaitu Puan Amy Abdullah yang merupakan pemilik Wafflee.my yang terletak di utara Tanah Air. Sebelum berniaga beliau merupakan seorang pekerja kilang yang bekerja shift 12 jam sehari, menaiki motor lebih kurang 40 minit ulang alik rumah ke tempat kerja. Sampai satu tahap beliau tekad ingin mulakan bisnes sendiri kerana ingin tambah pendapatan dan bantu ekonomi keluarga beliau.

Beliau pun mula berjinak-jinak berniaga tudung sewaktu bermula dalam dunia perniagaan. Selepas 2 tahun bekerja sambil berniaga, akhirnya beliau mulakan langkah berani berhenti kerja dan tekad berniaga sepenuh masa. Tapi ingatkan dah berniaga sepenuhnya akan jadi ‘syok’ sebab dah tak ada bos, tapi ternyata jadi majikan lagi sakit kepala!

Pernah satu ketika, Puan Amy rasa tertipu dengan staf sendiri yang dah kerja lama dengan beliau, yang beliau sayang macam adik sendiri siap bagi duit deposit beli motor tapi pekerja tersebut berhenti tiba-tiba. Bayangkan apa perasaan Puan Amy ketika itu? Walaupun kecewa dan bengang dengan masalah staf yang berterusan, Puan Amy tak mengalah berniaga dan beliau tekad mencari guru.

Inilah turning point Puan Amy datang bersama FunnelEvo dalam program Amazing Founder : Grow Bisnes Lebih Laju. Alhamdulillah dengan bimbingan dan tindakan yang betul di President Circle kini Puan Amy lebih jelas dengan misi visi syarikat, pengurusan staf lebih terusus dengan melantik ketua di setiap cawangan.

Terkini Puan Amy mempunyai 4 cawangan di sekitar Kedah dan Penang kongsikan yang FoodPanda Malaysia hubungi beliau untuk berjumpa kerana beliau antara sales tertinggi kategori waffle di FoodPanda online dengan 4 cawangan wafflee.my mengalah beberapa nama besar yang lain! Tahniah Puan Amy dan pasukan Wafflee.My!

Nak belajar lebih banyak ilmu grow bisnes? Khas untuk pendiri bisnes! Himpunan Usahawan Amazing Founder : Grow Bisnes Lebih Laju 31 Julai & 1 Ogos 2024 di SACC Shah Alam. Dapatkan tawaran tiket serendah RM29 di AmazingFounder.com atau hubungi team FunnelEvo, Captain Azlan disini —> https://www.wasap.my/60184092766

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!