7 Strategi Padu Untuk Hit Sales Di TikTok Tanpa Kena Ban!

Alhamdulillah semalam pada 16 Oktober 2024, pelajar FunnelEvo College dan team FunnelEvo bersama-sama pengurusan FunnelEvo, Life & Bussines Mentor Tuan Fahdi Ghazali dan Tuan Shariffudin Sahedan CEO Group Of Companies berkesempatan untuk ke workshop PTS Bookcafe yang di adakan di TikTok Malaysia.

Ini dia 7 perkara yang telah kami pelajari dari sesi workshop kali ini yang saya nak dedahkan kepada anda.

  1. Jangan Tinggal Live Lama-lama! Jangan tinggalkan live korang lebih 5 saat! A.I. TikTok boleh detect kalau korang tak ada depan kamera dan akan bagi amaran. Kalau nak pergi toilet, pause dulu atau mintalah pasangan korang takeover sekejap. Jangan biar live kosong, nanti sia-sia je!
  2. Jangan Curi Konten Orang! Tak boleh main ambil video orang atau upload video sama dekat platform lain. A.I TikTok ni cerdik, boleh detect punya. Kalau kantoi, akaun korang boleh kena ban! Rugi je dah susah payah kumpul followers, tiba-tiba hilang macam tu.
  3. Budak-budak Jangan Join Live! TikTok tak bagi kanak-kanak muncul dalam live anda. Kalau langgar, besar kemungkinan akaun kena tindakan. Jadi, pastikan live anda untuk orang dewasa je.
  4. Elakkan Pakai Baju Sama Masa Live Nampak macam tak penting, tapi penampilan pun main peranan tau! Kalau asyik pakai baju yang sama je setiap kali live, orang boleh bosan tengok. Tukar-tukar baju sikit, bagi nampak fresh dan sentiasa ada vibe baru!
  5. Promote Produk Kena Ada dalam Beg Kuning Kalau nak cakap pasal produk masa live, make sure produk tu dah ada dalam sistem TikTok Shop. Kalau tak ada, korang boleh kena warning atau tindakan. Jadi, jangan cakap panjang lebar pasal barang yang tak ada dalam beg kuning!
  6. Jangan Mention Platform Lain atau Suruh Klik Link Bio TikTok tak suka bila korang promote platform lain. Kalau korang sebut je pasal platform lain atau suruh orang klik link di bio, live korang boleh kena stop. Fokus je pada TikTok, engagement pun confirm lagi power!
  7. Jangan Janji Lebih-lebih Masa Promote Jangan guna perkataan macam “confirm“, “100%”, atau “guarantee” masa tengah live. TikTok memang tak suka janji manis, nak elak orang kena scam. Jadi, promote dengan cara bijak, jangan overclaim!

Fahamkan benda ni betul-betul kalau korang nak buat duit besar dekat TikTok tanpa banyak masalah! Main ikut peraturan dan stay up-to-date dengan trend baru. TikTok ni peluang besar untuk bisnes korang, asalkan main game dengan bijak!

Nak belajar ilmu bisnes lebih mendalam? Pastikan anda daftar ke sesi Amazing Founder Grow Bisnes Lebih Laju sekarang! Himpunan usahawan dari pelbagai latar belakang di seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!