Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

5 Kecatatan Bisnes Owner Yang Buat Pelanggan Murung Di Instagram

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Dah namanya bisnes owner, mesti tak lari daripada menggunakan banyak platform dalam Digital Marketing supaya produk mereka berkembang luas dan lebih ramai orang yang akan mengenalinya.

Antara salah satu platform yang popular, tak lain tak bukan adalah Instagram. Ini kerana Instagram adalah satu platform yang semakin hari, semakin ramai orang menggunakannya, samada remaja sehinggalah golongan 30-an ke atas.

Tapi, ramai yang selalu mengambil mudah tentang cara berniaga di Instagram. Ramai bisnes owner yang melakukan kesilapan yang mana hal ini lah yang menyebabkan audience atau prospek makin hari, makin lari!

1. Kualiti Gambar Kurang Memuaskan

Instagram ni satu tempat yang banyak dengan gambar. Jadi, bila nak post sebarang gambar yang berkaitan dengan bisnes anda, make sure anda menggunakan gambar yang betul-betul high kualiti supaya dapat menarik minat pelanggan dengan produk anda.

Setiap kali anda mengambil gambar, kalau boleh tambah sikit ‘effect’ kepada gambar tersebut, supaya setiap kali audience tengok gambar tu akan terpesona atau ‘wow’ dengan gambar yang anda upload.

Nak edit gambar sekarang ni tak susah pun sebab banyak apps yang anda boleh dapat secara percuma. Cari & download je di App Store untuk IOS, atau Play Store untuk Android.

2. Text Terlalu Panjang

Apabila anda buat copywriting untuk mempromosikan produk atau servis kepada pelanggan, anda juga perlu tahu ‘behaviour’ audience anda di Instagram.

Biasanya copywriting yang panjang akan menyebabkan audience cepat bosan dan akan mengurangkan keinginan mereka untuk membeli produk anda.

Apa yang anda perlu lakukan adalah, pastikan copywriting yang anda nak buat tu simple dan padat supaya audience anda cepat faham dengan mesej yang anda nak sampaikan apabila membaca.

Paling penting, jangan lupa masukkan elemen ’emosi’ dalam copywriting anda, baru lah best audience nak baca..

3. #Hashtag Tak Relevan Untuk Brand

Gambar dah bagus, copywriting pon dah bagus. Tapi #hashtag pula kelaut.

Hashtag sangat memainkan peranan yang sangat penting di Instagram. Jangan masukkan hashtag yang langsung tak ada kaitan dengan posting anda. Contohnya, jika anda jual produk kesihatan, tetapi anda gunakan hashtag #fashionofteday ke… Kan tak kena bunyinya…

Guna hashtag yang relevan dengam produk atau servis anda, seperti jual produk kecantikan, gunakan hashtag #makeup ke barulah synchronize posting tu.

4. Posting Tak Konsisten

Apabila anda dah start menggunakan Instagram sebagai platform Digital Marketing anda, posting yang dibuat haruslah konsisten.

Maksudnya, posting yang dibuat haruslah sekurang-kurangnya 1x sehari untuk menunjukkan yang anda serius dalam apa yang anda buat. Kalau nak lebih bagus, upload 3x sehari. Baru pelanggan akan alert dengan posting kita.

Jika anda buat posting 3x sehari, anda juga boleh gunakan konsep “funnel”. Dalam konsep ni, posting pertama, anda boleh kongsikan beberapa tips yang ada kaitan dengan produk atau servis anda. Posting ke-2 adalah ‘softsell’, anda boleh kongsikan testimoni supaya menaikkan lagi trust audience anda. Yang terakhir sekali adalah ‘hardsell’, anda boleh terus jual produk/servis anda sebab mereka dah tahu dan kenal dengan produk yang anda jual.

5. CTA Tiada Dalam Bio

Sebenarnya akaun personal Instagram anda boleh ditukarkan kepada akaun bisnes. Di situ anda boleh monitor setiap posting yang anda buat dan lihat berapa ‘engagement’ yang berlaku di posting tersebut.

Jadi, untuk akaun bisnes anda, adalah WAJIB untuk anda lengkapkan setiap ruangan di ‘Bio” yang disediakan supaya audience mendapat info yang jelas tentang bisnes anda.

Dan yang paling penting adalah Call-To-Action (CTA) yang membantu mereka untuk membuat sekiranya mereka ingin mendapatkan produk/servis anda.

CTA itu anda boleh masukkan samada link ke Whatsapp, Website, Facebook atau Youtube .

========

Haa.. semoga perkongsian kali ini bermanfaat supaya anda tidak lagi melakukan kesilapan yang sama lagi di masa akan datang.

Gunakan platform Instagram ini sebaik mungkin untuk berbisnes. InsyaAllah ianya akan memberikan impak yang besar kepada perniagaan anda.

Jika anda nak belajar lebih banyak tentang teknik pemasaran di Instagram, dan guna pemasaran di platform lain seperti Facebook, Messenger, Email, Website & Google, anda BOLEH KLIK DISINI.

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!